Ekin's
Cuti Lagi :D
17 Feb 2012 18:27
Assalamualaikum, khas untuk readers, adek kakak yang tengah sibuk mentelaah setiap inci isi blog aku yang tak seberapa ni. Hah skema dan ada sikit unsur-2 keperasanan dalam ayat tu. Aww kalau tak perasan, bukan AshikinJamaludin lah namanyaa. Hihi amacam, sihat walafiat semuanya? Ke ada yang macam aku, dapat MC sampai 3 hari?



“Ehh kenapa ekin MC sampai 3 hari? Dia sakit kee?”.
  
Siapakah gerangan tuan hamba yang berkata-2? Prihatin sungguh. Aicehh! :D  Setahu aku, aku sihat walafiat jee. Alkisah, aku tersepak pengunci roda meja PC tu. Dah la kecil, tercacak pulak tu. Azab betul. Berdarah lah jugak, campur dengan ketercabutan kuku jari kaki aku. Ouhh alangkah sedihnyaa. Jari kaki AshikinJamaludin yang kecil comel kini sudah cacat. Isk isk *lap air mata* :D drama queen gila budak ni! -..-
 
So lepas kuku aku terkorban, ada lah beberapa symptom-2 yang mencurigakan. Aku rasa macam nak demam, aku rasa macam nak muntah dan sebagainya. Aku rasa jee macam nak terkena, sebenarnya tak kena lagi. Mak aku lah, excited sangat suruh aku pergi klinik. Adoii mama, nanti dia baik sendiri lah.

Mak aku tak ikut pergi klinik, akak aku jee yang berperanan sebagai jurucakap. Oleh sebab kepandaian dia menipu doctor tu, aku dapat MC 3 hari. Haha thanks, doc! Doctor tu macam tahu-2 je yang aku nak ponteng. Dah laa ada orientasi pengawas 4 hari straight, taksiap essay dengan journal English dah satu problem. Yes menyetan lah kerja aku kat rumah. Haha

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-2 terima kasih kepada Doktor Mohamad yang sangat baik hati kerana telah memberi MC sampai 3 hari kepada saya. Tidak pernah dilupakan walaupun sedtik, ceh auta je tu, Puan Mazira Md Zain, guru English Language merangkap guru pembimbing badan pengawas sekolah, maaf homework taksiap. Ada factor kemalasan dan kelupaan. Ohoho insyaAllah AshikinJamaludin siapkan. InsyaAllah je, kalau diizinkan Tuhan. Wink wink!

Ehehe bahagia aku. Cuti CNY yang seminggu tu telah dipanjangkan selama 3 hari lagi. Untuk anda-2 semua, selamat bersekolah :D

Nota Kaki : Over gila entri kali ni -..-‘



OLDERNEWER