Ekin's
Dia Datang!
17 Feb 2012 18:28
Assalamualaikum, readers. As usual, jawab salam tuhh, taw taw taw? ;) sehat semuanyaa? Sudah makan? Aiceh Ashikin peramah

Semua orang ada bestfriend, kan kan kan? Aku pun ada apaa. Best gila bila dapat luangkan masa dengan diorang, kan? Lagi best jumpa lepas berminggu-2 takjumpa. Harituu kan, 24 Januari 2012, CYKA datang rumah akuu! Hihi sumpah best! :D *terujaa* siapa CYKA? Sila rujuk tab menu kat atas tuhh eah? Kfine, kali ni aku cerita detail punya. Detail sedetail-detailnya. Dari start planning, then macamane dorang datang, apa kitorang buat, sumpah detail. Kalau dah boring awal-2 lagi, dipersilakan keluar :D

Sebenarnya, Myra ada tanya aku dengan soalan yang berbunyik : ‘esok free?’. Time tu hari Sabtu, aku pun ada dekat Gua Musang time tu. Aku cakap laa takfree, then ajak dia datang hari Isnin. Tengok-2, hari Isnin baru aku nak bertolak balik, so jumpa hari Selasa jelahh. Okay, semua dah set, hari Selasa jumpa. Lokasi: rumah aku!

Serious aku teruja. Tapi pagi Selasa tu aku terlupa -.- boleh pulak pukul 10 lebih aku tengah tergolek-2 atas katil, padahal pukul 11 nak jumpa. Yelah, mak ayah aku tinggalkan aku sorang-2 kat rumah, siap angkut akak dengan adik aku pergi Econsave lagi. Aku pun sambung tidur lah. 

Aku punyalahh asyik melayan message yang datangnya dari kekasih pujaan hati, Aidil Akmal, yang tengah sibuk memujuk aku. Haha syok punyaa landing. Siap fikir nama future-baby kitorang lagi. Haha Aidil menggedik gila!

Then, tetiba aku dengar suara Encik Jamaludin yang memang confirm tengah cakap dengan someone. ‘Ekin tidur lagii’. Uih,pahal lahh nama aku jadi sebutan tuh. Aku pun tertinjau-2 kat luar. Echa dah datang. Habis aku kena bebel kejap lagi, dah laa takmandi lagi! Dengan sepantas kilat, selaju petir, aku kemas tempat tidur. Cehh tak kemas sangat pun sebenarnya. Main campak-2 jee bantal tu. Aku ajak Echa lepak bilik aku, suruh dia tolong kemaskan sementara aku mewangikan diri bermandi-manda di bilik air. Ahaha lepas mandi, semangat capai jersey Manchester United. Hihi MU forever. 

Cakap pasal bola, dorang boleh cakap aku lalang pulak. Derr aku sokong mana yang menang je. Haha manalah aku layan bola. Tapi Echa dengan Myra memang kaki bola lah. Bukan kaki dorang macam bola, tapi setiap sudut dan ceruk yang ada dalam otak kawan-2 aku tu yang penuh dengan bola. Adoi tiap kali ada match bola, and misalnya Chelsea kalah, Myra secara officialnya akan dibahan oleh Echa. Dan kalau MU kalah, Echa pulak akan dibahan dengan senang hatinya oleh Myra. Aku tak amek port sangat, Yana lagi lah. Dia buat takreti jee :D

Then sementara aku memakai baju sambil mengopek kulit limau dan melihat limau-2 yang telah aku kopek dimakan oleh Echa, terdengar pulak suara Yana. Yeayy nenek sudah mari. Pehh sopan bhai dia. Nasib baik tak pakai baju kurung. Kalau ye, nak aku nikahkan jee dengan jiran aku yang dah lama membujang tuu ha. Adoih kawan aku -,-

Sampai bilik aku jee, terus dia ajak jemput Myra. Aiyo nak pergi rumah aku pun boleh sesat ke? Tunggu punya tunggu, still taknampak batang hidung mahupun batang kaki, jauh sekali nak nampak batang leher. Sementara menunggu, okayh fine ayat aku skema, Raziq pun mengcalling-2 Echa. Siapa Raziq? Bf Echa a.k.a abang kembar lain makbapak aku. Hoho dia ajak makan ABC. Yeah! Dia belanja, aku bayar. Yeah, sodap! Okay Myra pun sampai. Alalaa lama takjumpa. Kat tepi jalan pun boleh berpeluk-2. Lama terpisah :’) haha. 

Kfine, Myra pakai baju MU. Wth, Chelsea kau mana pergi? ‘Aku rasa berdosa doe pakai baju MU’. Siot je ayat dia -..- macam biasa lah, duduk rumah aku bukannya nak buat kerja. 


Banyak lagi sebenarnya. Tapi sebab muka aku sakai kesemuanya, so takpayah gedik-2 nak tunjuk! Lepas ambik gambar macam orang gila semua-2, bergeraklah 4 sekawan menuju kedai ABC yang bertempat di depan rumah Raziq. Hoho besar harapan. Bila sampai, shit tutup! 

Cehh Raziq nak dating dengan Echa pun kena sorok-2. Mak dia siap tunjuk muka depan pintu. Echa dah tutup-2 muka dah. Alasan nak jumpa Echa : ‘bagi buku fizik!’. Haha pandai menipu siot. Dosa, masuk neraka nanti tau! Dah habis jumpa, buku Fizik dia bawak masuk rumah. Nampak sangat lah dia dok mengencing mak dia. 

Tujuan utama dorang memunculkan diri dekat rumah aku sebenarnya nak buat duty roster untuk kelas Myra. Dia assistant monitor pulak -..- dia punyalah sibuk membebel cakap dekat kelas dia semua tak kreatif lah, hape lah. Habis tu, kami ni kreatif sangat lah? -.- 

Akhirnya, setelah berhempas-pulas menyiapkan, inilah hasilnyaa!


And also, kerja sambilan aku :D



Sebenarnya buat duty roster ni takdelah best sangat. And itulah kerja yang paling aku benci -..- tapi bila buat ramai-2 dengan dorang, macam-2 cerita keluar. Gossip pasal tu, cerita pasal ni. Cerita macam kitorang dah bertahun-2 tak jumpa. Best gila. Semuanya sweet moments bagi aku. Thank you, awak-2 semua. Aku sayang korang sangat-2. And kalau korang takde, especially Echa, maybe aku takkan tahu apa maksud Best Friend Forever :’) Menyayangimu sehingga hujung nafasku.

Nota Kaki: Entri ni amek masa 2 hari nak disiapkan. Entah kenapa, malas benar aku nak menaip lately. Hihi



OLDERNEWER