Ekin's
Let Me Have My Own Life -,-
31 Mar 2012 03:08

Assalamualaikum adik kakak. Harini ada something aku nak cerita sikit. Stress betul -,-

Harini 26 Mac 2012, memang aku taktahan betul, tu yang tak menyabar nak menaip tu. Since aku broadband aku kena tarik, biarlah entri ni terperuk dekat celah-2 pendrive comelku T_T okay, ni cerita petang tadi sebenarnya. Aku stay dekat sekolah, kononnya ada latihan choral speaking. Yeahh! Gempak kan, ekin masuk choral speaking -..-‘ then aku tarik diri, malas aku nak join latihan. Lagipun aku dah pun bagi nama untuk English Drama. Weh weh, aku dapat watak jadi Fairy. Awww. Okay, bukan tu aku nak cerita sebenarnya. Patah balik, patah balik. Tit tit tit..

I wish aku boleh pakai benda ni time pertandingan, with wings and tiara :3
 Time aku tengah berbincang kes panas dengan Ahmad Fadhil yang takberapa nak kacak, tiba-2 Hayati Notzir bermata empat datang menyapa. Boleh dia cakap kitorang berdating -,- okay, memang tu jadi perbincangan antara adik dan kakak serta abang angkatnya lah kan. Tiba-2 yati bisik-2 manja dekat telinga aku. Aku suruh dia ulang banyak kali, sebab suara dia KUAT sangat. Buduh, cakap lah kuat sikit. Cakap sorang-2 ke apa?

Yati cerita, yang ehem ehem (bukan nama sebenar) cakap, yeah, dekat belakang aku lah kan. Dia cakap : ‘kalau couple dengan SAS pun, cover-2 lah sikit. Takpayah nak tunjuk kat fesbuk’. Kfine, 2 baris ayat yang ringkas tapi cukup untuk buat jantung aku pam darah laju-2! Berderau darah aku. Apa cerita lak ni?

Okay, alasan dia: sebab aku pengawas. Der, apa ni? Dekat sekolah, aku kena control. Buat tu takboleh, rapat dengan lelaki ni takboleh. Alasan dia: aku pengawas, kena bagi contoh yang baik. God. Okay, aku boleh accept. Then, now hubungan aku dengan sorang pengawas -> Capital S takberapa nak baik sebab few reasons. Reasons tu pun atas nama pengawas. God, I’m tired!

Sedar lah, facebook + twitter + blog is the only medium yang ada yang boleh buat aku rasa bebas sikit. Semua orang ada life sendiri. Sekolah lain, my personal life lain. Mana boleh nak campur adukkan. Kalau macamtu, baik my wholeh life takboleh nak ada apa-2 relationship, atas nama TANGGUNGJAWAB. Senang lah macamtu. Kalau nak cenggitu, please bagitahu aku awal-2. I’ll do it. Tapi cakap depan-2 lah.

Then, sentuh bab couple. Alasan: budak-2 takboleh couple. Pfft. Tu fitrah lah woi. Kalau couple macam na krak, lepas tu jahanam, pelajaran kau ke laut, baik bunuh diri je. Hish, geram aku. Orang lain yang jahanam, aku pulak yang kena. Tu semua stigma masyarakat semata-2! Kena pandai seimbangkan lah.

Kalau your boyfriend/girlfriend tu someone yang boleh inspire you nak achive good result, bagus lah. Penceramah selalu cakap, niat kerana Allah nak berjaya. Yes, memang lah. Now, zaman budak-2 tengah dalam fasa bodoh-2 (means concentrate dengan bf/gf dia je =.=’), dorang fikir nak compete dengan bf/gf msing-2 je. Like me. Dah, fullstop! Aku taknak bukak mulut lagi. Enough, aku cakap sekali. Kbye.


For those who yang busy bebel, someday you will miss me!



OLDERNEWER