Ekin's
Birthday Cik Siti!
22 Apr 2012 00:52
Assalamualaikum reader(s) yang jelita dan kacak-2 belaka. Welcome welcome. Hohoh. Baik punya greeting :3

For the third time, keluar lagi entri pasal birthday. Rajin betul Ashikin ni kan? Wink wink. Haktuih lah weh kau punya rajin -,- kali ni, 18 April 2012, birthday someone special. Kawan aku yang super special. Diulang, Super Special!





Siapa diaa? Kakak yang teman aku dari aku mula-2 masuk kelas 1 Seri Bakti. Kakak yang selalu carik pasal dengan aku. Kakak yang paling kuat simpan rahsia. Kakak yang pernah cakap yang dia takkan couple sampai lah habis SPM -,- (hakikatnya, haktuih!). Kakak yang bila orang tengok muka dia, mesti orang takkan percaya yang dia takpernah couple sebelum ni. Kakak yang paling kuat bergosip. Kakak yang selalu bising kalau aku lari solat kat surau sekolah (HAHA!). Kakak yang paling faham aku. Kakak yang mampu buat aku jealous separuh mati kalau dia rapat dengan orang lain. Dan yang paling penting, kakak yang sentiasa ada dalam hati aku. Takmungkin aku lupakan kakak ni.No one knows betapa dia berharga untuk aku.

Siapa dia? Dia Siti Aisyah Binti Abdul Karim, the one yang selamanya kekal dalam hati aku :’)

Chaaa, aku tahu, kau taksuka jiwang jiweng ni. Oleh sebab harini birthday kau, aku nak jiwang jugak! Kau taknak dengar? Ahh pedulik apa aku kan. Haha. Kau kena baca jugak sampai habis. Aku nak kali ni, kau menangis terharu sikit :3 hahaha. Oleh sebab aku buat entri ni sambil dengar lagu Dadali, aku nak menangis ni T_T di saat aku mencintai dirimuuu~

Echa sayang. Kau ingat tak first time aku cakap dengan kau? Time tu, aku teman Farizzah pergi tandas, buat kali kedua -,- then kau dengan Yana Bambam (Tembam) tegur. ‘Asyik pergi tandas je korang ni’. Mana lah aku tahu, dah Farizzah yang ajak. Aku sikit punya exited nak usha tandas sekolah baru aku. Haha. Taksangka, aku dapat duduk dengan kau. Bestnyaaa! Dah lah duduk depan. Budak baik kann :’)

Masuk tingkatan 2, dorang saje je nak suruh kita duduk jauh-2. Nak menangis aku sebab kena duduk belakang. Kau pulak duduk dengan Airin. Memang bagus lah kan -,- tapi kita still rapat, right? Bila Myra masuk sekolah, kau tahu, aku tergugat sangat. Sebab kau asyik dengan diaaaa je. Weh, aku ni kau letak mana? Aku rasa lonely gilaa. Banyak kali aku menangis sebab benda yang sama. Kadang-2 aku rasa Myra kejam sangat sebab rembat kawan baik aku. Kejam gila! Takpelah, janji kau happy dengan kawan baik baru kau :’)

Bila form 3, baru aku sedar, yang kita berempat sebenarnya dah macam sisters. Takde istilah rampas-merampas. Walaupun kadang-2, aku menangis sampai bengkak mata, sebab aku rasa ditinggalkan. Kurang bijak betul anak PakDin kan? :’)



Bila ambil result PMR, aku terkejut sangat sebab kau menangis gila-2 sambil peluk aku. Aku dah lah tak ambil result lagi. Taktahu kenapa aku menangis sekali. Kira macam menangis berjemaah lah kan. Hoho. See, aku menangis bila kau sedih. Aku happy bila kau bahagia. Aku sayang kau! Takpelah, bukan rezeki kau. SPM nanti aku tahu, kau boleh sambut banyak A. Berderet! Sebab kawan baik aku kan paaaaaaandai! :’)

Kita banyak kali gaduh. Selalu gaduh. Taktahu kenapa, payah betul aku nak merajuk lama-2 dengan kau. Cepat sangat aku datang dekat kau balik. Aku taktahan lah tengok kau buat muka jeruk dengan aku. Kadang-2 aku rasa macam nak peluk kau tiap-2 hari. Kadang-2 aku rasa macam aku taknak ada sorang pun rapat dengan kau, selain aku. Sebab aku taknak kau tinggalkan aku. Sebab aku taknak hilang someone yang sangat-2 valuable macam kau.





Bila aku menangis, kau tanya aku kenapa aku menangis. Even kau sebenarnya tahu yang aku menangis sebab kau. Bila aku menangis, kau ada tolong lapkan airmata aku. Aku suka bila kau lap airmata aku, rasa macam aku ada someone yang akan jaga aku, yang takkan tinggalkan aku, selama-lamanya.

And harini, buat entah ke-berapa ratus kali, aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat-2. Aku nak kau tahu, yang aku nak spend 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan, 367 hari setahun dengan kau, kalau aku mampu. Aku nak kau tahu, yang aku taknak tengok kau menangis. Sebab nanti kau seksa aku jugak. Aku nak kau tahu, yang aku takkan pernah tahu apa maksud kawan baik kalau kau takmuncul dalam hidup aku. Aku nak kau tahu jugak, yang aku sangat-2 bersyukur sebab Allah dah kirimkan kau dalam hidup aku.



Terima kasih sangat-2. Sebab kau redha terima baik buruk kawan kau yang perangai tak senonoh ni. Sebab kau selalu ada tiap kali aku rasa lonely. Sebab kau selalu buat aku senyum, walaupun mood aku hancur lebur macam kena gelek dengan tractor. Sebab kau boleh buat aku gelak, even lawak kau tu macam mintak kaki je. Sebab tiap-2 bulan, kau peluk aku. Paling koman pun, sekali sebulan. Dan, terima kasih sebab jadikan aku kawan baik kau.

Siti Aisyah, happy 16th birthday. Aku doakan kau akan selalu dapat apa yang kau hajatkan. Aku doakan hubungan kau dengan Abdulraziq Haswan berkekalan. Dah kahwin nanti jemput akuu tauu.  Aku sayang kau saaaaaaaaaaaaangat sangat sangat sangat!



I may not your first best friend, but I’ll be your last. Best friend forever, till the end of my life :’)

If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile. But anytime you need a friend, I'll just be me.



OLDERNEWER