Ekin's
Wahida Jamaluddin :’)
10 Apr 2012 08:13
 Assalamualaikum reader(s). Hai WydaJamaluddin!

Siapa takde bestfriend, sila angkat tangan? Kalau nak bagi aku nampak lagi clear, sila angkat kaki tinggi. Okay-2, dah turunkan kaki tu. Buruk benar rupanya dek oii -,-‘’

Wyda Jamaluddin. Hurm, kongsi nama bapak dengan aku. Cehh, sibuk lah kau nak share dengan aku weh! Haha. Wyda Jamaluddin yang kurang inci, lebih kurang sama je dengan boyfriend dia. Tak membesar betul kawan baik aku ni -,-‘’

Nurul Wahida Jamaluddin, yang banyak mulut, yang suka membebel, yang suka kutuk pak guard biadap tu, yang suka gelak macam pontianak hilang suara, yang suka benar nak puji bf dia -..- yang selalu ada dengan aku, yang selalu happykan aku, yang selalu buat aku rasa macam taknak balik rumah, yang selalu aku peluk, yang selalu manja-2 dengan aku, selamat hari jadi!

Birthday kita bersilang kan? Kau 11/4, aku 4/11. Hah, namanya jodoh! Nama bapak kita pun sama. Kalau nak kutuk kau pun takboleh, sebab nanti kau cakap , ‘anak Jamaluddin kan’. Ceh, Jamaluddin je ada anak senget macam kau. Jamaludin takde pun :D

Aku sangat-2 harap yang kau akan selalu ada dengan aku, akan selalu peluk aku, akan selalu teman aku mengutuk pak guard yang biadap tu, akan selalu kuat, akan selalu pandang depan, akan selalu ingat yang aku selalu ada untuk kau. Aku taknak kau pandang belakang, aku taknak kau jadi Wahida yang sengal macam dulu -,- i hate that girl!

Aku sayang kau yang sekarang, yang independent, yang buat pekak je bila orang mengutuk, yang tak bergantung dekat kawan-2 kau yang dulu. I know, aku taklkan pernah jadi sesempurna depa yang pernah menumpang kasih dekat kau. Aku tak se ‘cool’ depa, tak se ‘hot’ depa, and of course, tak se ‘menggelabah’ depa. I know, aku jaaaaauh lagi better dari dorang. Jaaaaaauh!

Aku harap, kau dengan Hanafi Zakaria tu kekal, sampai bila-2. Sebab aku tahu dia sayang kau, kau pun sayang dia. Happy for you. Again, happy birthday, my dear Wyda Jamaluddin. I’ll always be there for you. Love you, till the end of my life. Muah sikit!

happy for both of you :')


OLDERNEWER