Ekin's
Holiday Time!
25 May 2012 06:57


 Assalamualaikum semua ^^ gambar bahagia je kan. Haha. Ya, saya memang tengah bahagia sebab exam dah habis. Hewhew. Penderitaan selama 2 minggu straight sudah selesai. Aktiviti pemerahan segala jenis info yang tersimpan dalam otak sudah tamat. Penderaan jari menulis selama 2 minggu sudah berhenti. Bagus! Dan sekarang masa untuk bercuti, dan masa untuk buat Add Math. Yeah.

Meh aku cerita sikit. Minggu terakhir ni, job aku hanyalah menjawab kertas 2 dan 3. Yang memerlukan pengorbanan jari jemari. Auwhh >_<  Paper 3 sangat senang sebab aku dah tahu apa yang masuk. Haha. Untunglahh. Tinggal tulis je, sebab segala procedure I dah hafal 15 minit sebelum paper start :P Paper 2 je jahanam sikit. Ehh tak, jahanam banyak! -..-‘

Aku rasa, Add Math aku jauh lagi baik dari Math T_T sebab time paper Add Math tengah hujan lebat. Aku pulak duduk bawah lampu dan kipas, di sertai nawaitu nak terjah toilet. Namun niat tu terpaksa di lupakan selepas memikirkan betapa penakutnya aku nak masuk toilet yang creepy tu sorang-2 waktu hujan lebat \kelip mata laju laju/

And, sampai ke detik ini, aku membenci Biology sepenuh jiwa dan raga sebab dia susah gila! Aku rela di paksa jawab Add Math daripada kena hadap sucrose, mitochondria dan plasma membrane -,-‘ I wonder, macamane lah Nadhirah Razali dengan gelak ketawa menjawab Biology. God, otak dia otak photostat. Jujur aku cakap. Dan, aku rasa Sejarah aku akan B balik. God, buat kali kedua seumur hidup, aku rasa Sejarah sangat susah. Kfine, I nak menangis tersedu-sedu kejap. Sob sob T____T

Ahh lupakan kisah lama. Sekarang masa bersuka ria. Dan aku sangat sangat sangsi, kenapa ayat aku tersangat skema ye. Ish ish. Bahaya betul. Hewhew~ since nak cuti kannn \aku cuti sehari lagi awal dari korang. Sayonaraa/, aku teringat waktu cuti bulan March haritu. Sangat shiny holiday aku di depan PC. Haha. Rindu sangat time tu. I ada great time dengan Fathihah Dommy, Izzat Jusof dan Aidil Akmal >< kau ado?

And and, aku harap cuti 2 minggu ni, aku akan berbahagia dengan si dia. So, Mr. AA, sila usahakan untuk contact saya sebab saya akan tetap tunggu message dari awak, dan saya akan setia tunggu call dari awak. Please, jangan hampakan saya ^^

Okay, happy holiday, semua. Ingat, basuh tangan sebelum makan, dan jangan lupa baca doa. Solat tiang agama, jadi jangan tinggalkan. Dan, jangan lupa topap untuk message orang tersayang. Haha. Till then, sweetheart.





OLDERNEWER