Ekin's
Midyear Wave 2
18 May 2012 02:40


Assalamualaikum. Okay, gambar takde kena mengena. Nak cerita lagi pasal midyear. Haha. Semangat ni. Harini 18 May, Jumaat. Hari yang mulia. Yeaah. Konklusinya genap seminggu, yakni 8 hari aku berperang. Berperang dengan pensil dan kertas soalan, dan jam pink yang ada dekat kelas tu. Kenapa gerak cepat sangat? Ekin taksiap lagi tau! \merajuk/ haha, gedik lah aih. Ouch.

My Monday bermula dengan jari jemari yang sihat memutih, walaupun jari telunjuk tangan kanan saya dah lebih sebulan bengkak dan lebam. Tapi takpe, saya bahagia dengan jari saya. Alangkah malangnya saya, pagi tu paper Bahasa Melayu yang telah mengorbankan jari jemari saya. \ayat mintak penampar/ aku punya lah semangat menulis en. Pehh, ayat kalah sasterawan Negara. Hah, menganjing je tu. Haha. Rasa macam buat ayat tadika T_T Saya suka main bola. Hari-hari saya main bola. Amacam, ada gaya P. Ramlee tak? Haha.

Pastu, hari Selasa exam apa entah. Ohh ya, English! Dan Sejarah -,-‘’ English saya SANGAT awesome sampai saya nak menangis buat ayat. Hah, hamek kau. mendapat sebijik. Dush. Sejarah lagi takboleh bla. Part Candi Bodobodo (Borobudur) tu aku takbaca, taksentuh, apa lagi nak main kejar-2 dengan dia. Bab 5, memang aku senyum buat muka kambing depan paper tu. Sambil berharap, pensil aku akan bergerak terkedek-2 menanda jawapan yang betul. Yes!

Dan dan, hari Rabu. Exam Math. Lagi nak melalak. Orang study group dekat library, aku main congkak dengan Wyda. Best! Yang paling best, kawan baik aku yang paaaaaaling baik (lelaki) datang sekali. Nama dia Izma. Awhh, suka! Haha, gedik sikit. Takpe, sikit je. Nanti aku buat entri pasal dia. Korang takbaca, siap! :P pasal Math, sape nak ajar saya pasal Graph kejadah benda tu? :3



Dan hari Khamis. Haha, memang aku nak habiskan sampai Jumaat lah kann :P Semalam paper Agama. Aku suka paper 2 sebab keluar bab Tilawah dengan Hadis je. Awhh, suka. Sebab pukul  6 pagi tu baru aku bukak buku Agama, dan itu je yang sempat aku baca. Awhh, suka sangat :3 KILLYOU! Paper 1, lagi sekali aku buat muka kambing depan paper. Imam Hanafiah tu takbaca, Bani Umaiyah baca sikit je, Khulafa’ ar-Rasyidin baca latar belakang dia je :3 haha. Takpe, belum SPM lagi. Dush, hamek kau kena baling kuali!

Hari ni! Haha, part ni aku terujaaaaaa sikit. Paper Physic. Haha. Paper 1 taknak cakap \merajuk sebab soalan susah, plus Cikgu Hasrul Janggut Kambing bagi formula yang takde kena-mengena/ Nak cakap pasal paper 2 je. Best gila weh. Haha. Aku suka bila Cikgu Hasrul jaga exam. Sebab dia bagi line untuk kitorang meniru dan bahan dia. Haha, takboleh bla gila bila Nadhirah tulis besar-2 then tunjuk kat cikgu : CIKGU COMEL. Muka menganjing bila Cikgu buat muka jambu. Ahak ahak ahak! Sakit perut gelak berjemaah dengan Amin. Weh, jangan ingat Cikgu tu umur 30 dan ke atas tau. Dia baru 23, tua setahun dari kakak aku. Takpe, boleh try. Dush, dekak sekali!

Konklusinya, exam aku berlangsung dengan JAYAnya. Tinggal lagi 4 hari, menghabiskan paper 3 dan paper 2 Sejarah. Aku suka sangat minggu ni. Benda yang takpernah aku tahu, terjadi  kat aku. Amin skema meniru \dia pandai, dan dia cuba meniru aku okay!/ KILLYOU, Amin! Haha. Nadiah lagi best. Menganjing Amin je kerja dia. Dah lah tiga-2 duduk depan sekali, sebelah meja guru pulak tu. Suka!

Good luck untuk yang belum periksa. Selamat menderita :P Ouhh ya, untuk Form 4 yang still blur-2 ala ala dalam air gitu, saya pernah buat pembentangan Bab 4, topic Maritim, guna lagu. Lagu dia best : Dan Sebenarnya, Situasi, Kosong and else, and kami gubah lirik dia, masukkan semua isi Maritim. Kalau nak copy dia, sila bep beep dekat Wall saya. Kbaaaaaai  ;)





OLDERNEWER