Ekin's
MidYear!
12 May 2012 07:15

Assalamualaikum. Petang tadi kan, time aku online, ada 2 orang manusia tercomel abad ini yang suruh aku update. Padahal baru update semalam. Takpe-2, demi peminat, I gagahkan jari menaip. Haha. DIVA!

Eh, korang semua dah start mid-year kan. 14 (1) start last Friday, tu untuk upper form lah. Lower form mula this Wednesday. Untunglahh oii. Aku ingat first day, paper senang-2 and boleh hadam. Ni tak, di bantainya paper Chemist dengan Biology! WTH. Chemist memang macam haram lahh kan -..-‘ Biology lagi gempak weh.

Paper Chemist, memang boleh tahanlahh. Aku baca part Periodic Table je. Bab Mole semua aku left behind. Haaa, DUSH! Hamek kau. part Mole yang conquered soalan. Senang cakap, 25 out of 50 soalan ialah soalan kira-2. Macam biasa lah kan, bila takdapat jawab, tembak jelah. 3 soalan aku tembak, sebab cikgu cakap : “Okay, tinggal lagi 1 minit” Sangat BAGUS!

Lepas rehat, paper Biology. Talking about Biology, aku sememangnya ZERO. Aku macam freshy yang baru dapat buku Bio. Sangat sangat bodoh  kurang bijak aku dalam Bio. Jujur! Paper start pukul 10:45. Aku sangat sangat committed menjawab even aku taktahu apa yang soalan tanya. HAHA.

Then, dalam pukul 11:15, entah kenapa, aku lentokkan kepala dekat meja. Alalaa, dah lah sejuk en, apa lagi. 1, 2, 3… Ashikin pun tidur. Padahal ada lagi 20 soalan takjawab tu! Dalam 11:50 aku terjaga. Sumpah, tersedak aku bila tengok jam. God, mana sempat. Tinggal 10 minit je lagi. Nak jawab lagi, nak tanda dekat OMR lagi. OMR aku suci bersih tau tak. Memang sepantas kilat, selaju petir, aku jawab MCQ. Main tembak je. Lantaklah kan, janji siap. Sambil aku hitamkan jawapan, aku buat muka comel dengan Puan Wan Hirza. Haha. Sempat lagi tuh :P lepas je aku hitamkan soalan number 50, Puan Wan Hirza pun berkata :  Okay, masa dah tamat. Letakkan pensil dan pass kertas jawapan ke depan ”.

Yes, aku sangat bernasib baik. Jujur, aku benci Bio! Aku sayang Add Math sebab Quadratic senang :3 haha. Function memang aku taksuka sebab dia ada inverse kejadah kejadah tu. Benci! Physic aku suka bila dekat tuisyen je. Sebab Cikgu Mawi best :3 hewhew. Lepas ni, aku ada 2 minggu full with papers. Aiyakk, tahniah Ashikin! ;D

Nak tengok bukti yang Mid-year sangat susah? Sila tengok gambar di bawah.












Haa, gempak kan? Haha. Aku sayang kau, Adriana Roshdi! Untuk 4 Saucers, good luck untuk paper. Korang kan gempak. Haha. Also untuk belahan jiwa aku, Aidil Akmal, Fathihah Dommy, Izzat Jusof, Zulzaini Izma, good luck sayang! Always be there for you. And and, untuk keluarga angkat, HAHA, -> Danish Iskandar, Hayati Notzir, Fadhil Halil, Najihah Ayeiz, Ariana Arissa. And untuk korang jugak. Love you, always!


OLDERNEWER