Ekin's
Dear You, Make Me Strong, Please.
23 Jun 2012 02:27
Assalamualaikum. Heyho, blogger. Okay, I dah tukar skin. Comel tak comel tak? Haha, syok sendiri -,- lately kan, aku always fikir nak get out from this world. Aku selalu rasa yang dunia ni kejam gila dekat aku. Rasa macam dianaktirikan. Sakit tahu tak. Aku selalu rasa yang takdir ni zalim sangat. Why kau selalu tak bagi aku bahagia, hah? Kau tahu tak, aku sakit bila tengok orang lain bahagia. Sebab aku langsung takbahagia. Takdir, kau kejam!

But then, I realize yang semua ni dah ditakdirkan. Hidup macam roda, right. Dulu aku bahagia, orang lain bersedih. But now, keadaan jadi sebaliknya. Takpelah, apa lah salahnya kalau aku rasa macam mana sakitnya bila keadaan buat aku jatuh terduduk. Sakit. Sangat sakit. Believe me. Wait until you feel that, then you will know how hurt I am facing all this.

Mula-2, Aidil Akmal. Yes, my boyfriend. Aku taktahu kenapa relay aku dengan dia makin lama macam nak roboh. Macam nak jatuh menyembah bumi dah. Dulu, I always thought yang relay ni akan bertahan. But now, aku taktahu sama ada nak berharap dengan benda yang sama. Sampai bila mampu bertahan relay ni? Aku mengaku, aku bukan type of girl yang mampu jaga hati sendiri untuk seorang lelaki sahaja. Aku takmampu, aku takkuat. Bila aku terpesong sayangkan orang lain, he was always be there. But bila aku dah tetapkan hati aku untuk dia seorang, he left. Seriously, aku rasa macam diabaikan. Aku bukan perempuan yang boleh tunggu. Once aku diabaikan, I’ll go. But he keep telling me yang both of us are meant to be together. I wonder, until when he can say that? 



Then, Izma. Lepas tu, my friends. Then, siapa lagi? Siapa lagi yang beratur nak buat aku menangis? Siapa? Tell me now. Biar aku dapat get ready untuk tak lagi menangis. Kadang-2 aku rasa I’m alone. Sangat-2 alone. But then, I receive this short mail.

“Dear Ashikin Jamaludin.
Aku tahu kau takkuat, tapi apa salahnya kau cuba untuk jadi kuat? Aku tahu kau takmampu untuk jaga hati kau untuk Aidil seorang, tapi apa salahnya kau cuba? Apa salahnya, Ashikin? Kenapa kau keep salahkan takdir? Takdir taksalah, sayang. Now, kau dengar sini. Kau kena kuat. Kau mungkin tak sebaik orang lain, taksecantik orang, tapi kau akan jadi cantik, kau akan jadi baik macam orang lain andai kau jadi diri kau sendiri. Kau takperlu berusaha kuat untuk buat teman lelaki kau setia dekat kau seorang, sebab kalau dia betul-2 tulus sayangkan kau, dia akan setia dengan kau, dia akan terima baik buruk kau. Jangan risau. Pedulikan apa orang nak kata pasal kau. Pedulikan kalau orang text kau waktu dia bosan. Pedulikan apa yang orang nak kutuk pasal kau. Pedulikan, sebab kau adalah kau. Mulut dorang, biar kena siat nanti. Setiap keadaan ada hikmahnya. Harini kau sakit, kau menangis. Tapi esok, siapa tahu, mungkin mereka yang menangis. Allah dah aturkan segalanya untuk kau.Satu yang aku minta, berubahlah. Berubah untuk jadi lebih kuat. Berubah untuk takmudah sentap. Kau pernah kilangan Izma dulu sebab sentap, kau nak lagi ke? Kau pun dapat rasa sakitnya bila orang taksuka kau. Kau takkan boleh ubah tanggapan orang terhadap kau. Tapi kau mampu ubah diri kau untuk buat orang lain mengubah tanggapan mereka terhadap kau.

Dear Ashikin Jamaludin.
Aku nak kau ingat benda ni. Takkira apa orang nak kata pasal kau, takkira apa pun yang jadi dekat kau. Aku akan selalu ada untuk kau. Aku akan selalu kuat untuk kau. Taktentu yang orang lain akan kuat bila kau lemah, tapi aku akan selalu kuat untuk kau. No doubt. Takkira betapa kuat keadaan buat kau jatuh terduduk, aku akan ada untuk kau. Aku akan kuat untuk kau selamanya. Cuma satu aku minta, berubahlah. Berubah untuk belajar terima segalanya dengan redha. Aku tahu kau mampu. Till then, Ashikin.

XOXO, Your Heart. 23 Jun 2012, 14:54”



Sangat singkat mail ni, tapi dia mampu buat aku berhenti menangis. Dear heart, aku akan dengar apa kau cakap. Aku akan berubah. Aku akan buat pekak bila mulut orang lain macam gampang. Aku akan buat bodoh bila perangai orang-2 kat sekeliling aku macam jahanam. Aku akan buat. Aku takkan biar keadaan siat hati aku into pieces. Sebab aku tahu kau ada. Aku sayang kau dan aku akan selalu lindungi kau. Aku takkan biar kau menangis lagi. Aku akan kuat bila kau kuat. Aku sayang kau selamanya.



OLDERNEWER