Ekin's
Aku Bangga!
6 Jul 2012 03:55
 


Dah lama sangat I tak update kan. Haih busy bebenor. Dengan sidang redaksinya, lepas tu sukannya. And now pengawas Tingkatan 4 kena uruskan Orientasi Pengawas Tingkatan 6. Eh kenapa tiba-2 guna ‘I’ ni? Hahah nak transform kejap. Wee. Maybe busy tu memang kawan baik aku lah kan. Eh guna ‘aku’ pulak :D yes, busy tu sangat sangat membantu aku untuk melupakan problems bertimbun macam Gunung Kinabalu tu.

Aku ada masalah apa? Okay, takberapa nak private, so boleh share. Manusia-2 kat sekeliling aku ni keep cakap yang aku suka stress sebab benda remeh. Drr, kau takde kat tempat aku, how come kau boleh kata aku tanggung benda remeh? Ohh kau keturunan ke-8 Nujum Pak Belalang ke? Sampai kau tahu tiap ceruk masalah aku. Ish ish. Hebat kau ni.




Masalah remeh 1:
Taksemua orang tahu yang sebenarnya Ashikin dan Liyana sudah tidak serapat dulu. From day to day, akan ada orang menegur Ashikin, “Kenapa kau dah takrapat dengan Liyana?”. Ashikin cuma tersenyum dan cuba menceritakan perkara sebenarnya walaupun dia menyedari yang orang akan mencebik bila dia kata “Aku taktahu”. Ya, memang betul dia taktahu. Ashikin berusaha meminta penjelasan dari Liyana mengenai perubahan sikapnya. Liyana sedikitpun tidak pernah memberinya peluang. Aisyah pula langsung tidak membantu kerana dia selalu mengatakan “Kau yang buat, mesti kau tahu”. Ashikin betul-2 bingung kerana dia tidak tahu hujung pangkal masalah. 5 bulan berlalu. Ashikin cuba melupakan masalah itu. Dia cuba untuk tidak memikirkan masalah itu, juga mengelakkan dari terus menangis memikirkan Liyana. Ashikin tersenyum, namun hati dia menangis kerana dia selalu melihat senyuman Liyana apabila Liyana bersama Aisyah. Ashikin bingung dan sehingga saat ini, dia masih tidak dapat memperbaiki keadaan wakaupun sudah 5 bulan berlalu.

Masalah remeh 2:
Ashikin begitu menyayangi Aidil Akmal dan dia tahu Aidil turut merasakan perkara yang sama. Ashikin begitu terkenal dengan perangainya yang mudah jatuh hati kepada seseorang. Ketika menjalinkan hubungan dengan Aidil, Ashikin pernah tergelincir dan mula jatuh hati kepada seniornya. Dan nasibnya agak malang kerana seniornya juga merasakan perkara yang sama. Namun, Aidil selalu berada di sampingnya dan itu membuatkan Ashikin begitu menjaga hatinya supaya hanya menyayangi Aidil. Hari demi hari berlalu. Hubungan mereka tidak seperti dahulu. Mereka sudah 8 bulan bercinta dan hubungan mereka bagai kapal Titanic yang terbelah dua, tapi tidak tenggelam. Ashikin buntu dan dia membenci Aidil. Namun, Ashikin tidak pernah mengaibkan Aidil. Ashikin seorang perempuan yang bodoh dan mendapat 5A & 8A hanya kerana nasib dan rezeki Allah, namun Ashikin tidak gila. Dia tidak akan sekali-kali mengaibkan teman lelakinya sendiri. Dia akan tetap menyayangi Aidil walaupun hubungan mereka hanya tinggal sisa.

Masalah remeh 3:
Ashikin mempunyai masalah keluarga. Tidak perlu dijelaskan.

Masalah remeh 4:
Ashikin pernah menyukai kawan baiknya, Zulzaini Izma. Izma begitu menyukai kawan baik Ashikin iaitu Khadijah sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk Khadijah. Khadijah pula menyukai Ezarul dan Ezarul merasakan perkara yang sama. Semua orang menyedari hakikat di antara Khadijah dan Ezarul, kecuali Izma. Adriana adalah kawan baik Ashikin dan Khadijah. Dia begitu memahami perasaan Ashikin dan cuba untuk menenangkan Ashikin. Ashikin mengetahui bahawa dia tidak patut menyukai Izma kerana dia sudah mempunyai teman lelaki dan Izma adalah kawan baiknya. Ashikin mengelakkan diri dari Izma hanya untuk menjaga hatinya untuk Aidil. Namun, semakin Ashikin mengelakkan diri, Izma mula menghampiri Ashikin.


See, masalah ni kelihatan sangat REMEH kan? Remeh gila wa cakap sama lu. Sebab tu otak aku macam nak pecah! Jangan pernah mempertikaikan sesuatu benda sekiranya kita takde dekat tempat tu. Yes, kita boleh cakap benda tu benda bodoh, benda remeh. But do you ever know apa yang aku rasa? Taktahu kan. Aku pun takkan pernah tahu seberat mana atau seremeh mana masalah kau.

Okay, benda ni aku cakap umum. Sangat general. Aku takde nak specifickan untuk orang tu, orang ni. Ni untuk semua orang yang ada dalam hidup aku. Ni untuk mereka-2 yang memperlekehkan aku. Ni untuk mereka-2 yang mempersendakan aku.

Pernah tak kau terfikir apa yang orang lain rasa? Mungkin kau pernah, tapi bagi aku, kau takpernah. Kau berlagak macam kau faham, tapi sebenarnya you’re not. Kau pura-2 ada dengan aku bila aku sedih, tapi sikit pun kau tak faham apa yang aku luahkan. Aku benci bila aku diperlekehkan dan dipersendakan. Dan aku sangat-2 benci bila orang yang memperlekehkan aku tu adalah kau. Aku anggap kau sebagai someone yang bermakna dalam life aku. Perlukah kau buat semua ni dekat aku.

Aku sangat-2 terkilan bila one of my bestfriend gelak kuat-2 bila aku dimalukan. Yes, kau suka ke? Kau bahagia? Oh great! I don’t know why I have you as my bestfriend. Dan aku juga sangat-2 tak sangka yang kau akan gelak sampai keluar airmata. Aku hargai gila weh. Lain kali, aku minta kau pergi bilik PA, gelaklah kuat-2 through speaker. Baru gempak weh! Biar semua orang tahu yang Ashikin BANGGA ada someone like you!



Aku dah penat. Terlampau penat dengan semua ni. Aku rimas. Aku benci. Aku taksuka. Kenapa payah sangat nak faham? Kenapa payah sangat kau nak ada bila aku perlukan kau? Aku minta banyak sangat ke? Hah?

I leave it to you untuk kau fikir. Aku takbenci kau. Aku cuma terkilan. Aku nak kau belajar. Belajar untuk hargai apa orang lain rasa. Belajar untuk faham maksud kawan baik bila kau cakap someone tu kawan baik kau. Belajar untuk bahagia bila kawan baik kau bahagia dan memahami bila kawan baik kau bersedih. Belajar untuk sensitif dengan apa yang kau cakap. Belajar untuk faham apa aku rasa. Thank you. Aku sangat BANGGA dapat someone like you.


 


OLDERNEWER