Ekin's
Crush. Again? (Vol. 2)
15 Dec 2012 01:07
 
 
Hi earthlings *lambai ala Miss Universe* haha. New blogskin, new post. Post ni aku taip lepas habis on the phone dengan dia. 0504, December 15 2012. Haa, gitu kau. Full detail lagi. Haha. Sorry sayang, ekin tak boleh nak tidur. So terus je menaip. Sorry sorry. 3 jam bercakap dengan dia. Bukan malam ni je. Almost every single night akan on the phone sampai 2-3 jam. Kesian dekat dia. Kena tidur lambat. Kena membebel banyak sebab aku banyak diam. Hahaha.

There’s something yang keep buat aku termenung sebenarnya sekarang ni. Termenung sambil menaip. Memang tak berjalan kerja. Dia lah punca. Lately suka sangat panggil aku “sayang”. Aku pun melayan jelah. Mulut kata malu. Dalam hati suka, melompat lompat ala kanak kanak Ribena. Bagus kin, bagus. Urm. Entahlah. Kadang kadang bila dia panggil sayang, aku suka. Kadang kadang, aku rasa nak menangis. Kadang kadang rasa nak marah dia. Yelah, dah tak maksudkan tu takpayah lah cakap. Ketuk kang baru tahu. Bila dia cakap macamtu, terserlah manja dia, terserlah mengade ngade dia. Haha. Comel much.

But then, tadi dia cakap jangan fikir yang dia bagi harapan. Goshhhh. Rasa macam nak tutup telinga. Menipu sangat kalau aku kata aku tak pernah harap dia suka aku. Sila gantung aku dekat mana mana kipas dan biarkan kipas tu berpusing 3 hari 3 malam kalau aku cakap macamtu. Dan bila dia panggil “sayang”, kadang kadang aku sangat sangat berharap yang dia akan cakap “Serious ni”. Boleh bayang muka aku bila berangan sambil tersenyum senyum peluk teddy bear. Macam orang gila dah. Kahkah. Dia suruh aku tunggu dia. Lepas SPM katanya. Bukan taknak tunggu. Nak sangat tunggu. Aku selalu harap yang dia boleh ajar aku erti “sabar”. Dan aku akan keep tunggu. Tapi masalahnya, dalam sebulan pun, macam macam benda jadi dalam hidup aku. Ni kan pulak setahun. Dah lah budak SAS. SAS dengan SSP dah macam KL dengan traffic jam. Susah betul kalau nak nampak ketidakserasian tu. Tapi macam dia cakap, fikir positive jelah. Selalu aku harap happy ending dalam benda ni. Yes aku akan tunggu dia.



Aku harap Allah buka jalan untuk aku dengan dia. Aku harap Allah akan kuatkan hati aku untuk go through semua ni. Aku harap Allah akan buat hati aku macam jelly, goyang macam mana pun, takkan berderai macam biskut. Aku harap Allah akan kekalkan ke-single-an kami sampai lah lepas SPM. Aku harap Allah buka hati dia untuk aku. Aku harap Allah akan selalu dekatkan dia dengan aku. Amin.
 


OLDERNEWER