Ekin's
Benci.
7 Feb 2013 06:32
  
 
Semua orang pernah go through a situation bila kita terlampau benci dekat someone tu sampai tak larat nak pandang muka dia. Even bila dengar suara dia pun, terasa macam nak pergi dekat dan kata “Weh kau diam boleh tak? Suara kau semak!”. Nampak tak macam mana the power of emotion boleh ubah kita jadi manusia yang berhati busuk? Gila betul.

Kadang kadang, bila fikir balik, orang tu tak salah apa pun dengan kita,. Kadang kadang, kita sendiri tak tahu kenapa kita benci dia. I’m talking based on my experiences. Yes, I do admit yang sekarang ni aku tengah benci seorang perempuan. Aku sendiri taktahu puncanya, mungkin sebab dia ada kaitan dengan my past.

Kita tahu yang kita dah berusaha sebaik mungkin, but we just can’t. Imam At-Tirmizi mengeluarkan hadis yang diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari, bahawasanya Nabi saw bersabda,

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, semoga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa.

Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya.

Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai.

Dekat sini, aku ada lah cuba Google dan terjumpa hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.

Bunyi pun dah ngeri kan? Aku sendiri pun tengah cuba nak kikis rasa tu. Tak sanggup bila aku mati dalam keadaan aku masih membenci orang lain. Bawah ni ada tips! Excited kan bunyi dia. Ahaha. Sebab nak bagi diri sendiri baca.

1. Ingat setiap kebaikan yang pernah dia buat dekat kita. Walaupun sikit. Keep on remembering. Sebab mungkin kebaikan yang sikit tu lah yang selamatkan kita dari pelbagai maksiat. Semua benda jadi kan ada hikmah ;)

2. Segala salah silap dia, seelok eloknya janganlah kita ungkit. Sebab ungkitan tu akan tambahkan lagi sakit sakit yang dah buat sarang dalam hati kita. Hati manusia cepat berubah, right? Kejap okay, 5 minit lepas tu dah jadi lain pula.

3. Jangan ingat negative side dia. Ingat yang baik baik je. Walaupun macam ada takde je positive side tu.

4. Banyak banyakkan zikrullah, biar Allah lembutkan hati kita macam jelly dan tak rapuh macam biskut.

5. Last but not least, banyakkan berdoa biar Allah permudahkan hati kita untuk maafkan semua salah dia dan biar dia ampunkan dosa kita pada dia. Kunfayakun. Kalau Allah nak terbalikkan hati kita dari benci kepada sayang, sekelip mata je dia boleh buat.

Tu sahaja. Entri ni more to nak perbetulkan hati sendiri. Aku sendiri tak sempurna. Takde siapa sempurna. Takde siapa yang terlepas dari membenci atau sayang orang lain. Wallahualam.

Sumber : Google dan Facebook
 


OLDERNEWER