Ekin's
The End.
15 Feb 2013 10:27
  
Malam ni aku rasa sunyi. Bila sunyi cari blog, bila sunyi cari blog. Amalan terpuji lah ni. Tak menyusahkan orang lain. Kihkih. Mungkin tadi Kak Nis dok cakap balik pasal..

“Siapa couple paling lama, dia menang. Yang kalah kena belanja”. 

Dan terus tersentap, otak melayang layang ke December 2012. Melayang melayang dann terus melayang. Kakca kata waktu tu dia bosan, sebab tu dia rapat dengan aku, dia tak maksudkan pun semua yang dia cakap, semua tu cuma gurauan bodoh hodoh tengah malam. Bla bla bla. 

Kenyataan tu pahit kan? Nak elak macam mana pun, ia tetap kenyataan. Dan kenyataannya, aku syok sendiri macam orang separa mental disoder yang terhegeh hegeh tunggu someone or something yang takkan dapat. Dulu I’ve made a promise because I know that I can take it. Aku boleh tunggu. But somehow, I was not that strong. Harini, baru genap 95 hari. What?! Macam orang bodoh aku tunggu, baru 95 hari? Dugaan Allah kuat betul. Haih.

Dekat bawah ni ada doa. Doa yang aku baca tiap tiap malam sebelum tidur. Sebab dalam solat aku taktahu nak selit celah mana. Kihkih. Jadi sesiapa yang bernasib serupa dengan aku ataupun baru lepas putus cinta, amalkan benda ni. Allah tu Maha Adil, Dia tentukan yang terbaik untuk kita. Macam orang tua tua kata (yang semestinya bukan aku kata), Kita merancang, Allah yang menentukan. Jaga diri wahai Crush. Do your best dalam SPM! And make sure, that girl takkan sia siakan hmm (taktahu nak guna panggilan apa) takkan sia siakan kau. Haha. Salam :)

Ya Allah, jika aku tercipta dari tulang rusuknya, maka dekatkan hati kami sedekat dekatnya. Jauhkan kami daripada lingkaran maksiat Ya Rabbi. Sekiranya dia bukan untukku, kau pisahkan kami secara baik. Kau hilangkanlah segala kekecewaan yang aku rasa dan kau tarik pergi perasaan sayang yang pernah wujud di dalam hatiku. Kau pertemukan dia dengan jodoh yang baik dan kau pertemukan aku dengan jodoh yang baik Ya Allah. Kau bahagiakanlah dia, tak kira di mana dia berada dan tak kira dengan siapa dia bersama. Kau kekalkan persahabatan kami sehingga ke akhirnya Ya Rabbi. Rabbana a’tina fiddun’ya hasanah, wabila’khiroti hasanah, waqina a’zabannar. Amin Ya Rabbal Alamin.



OLDERNEWER