He's Not
18 Apr 2013 17:11
Haritu, ada orang tanya something pasal Ustaz (yang pasti bukan Ustaz Khuzairi. Never! *geleng kepala selaju boleh*). Ayuhh, flashback sedikit.
+++
"Kin, kau dah tak suka dia ke?" "Siapa? Cakap biar terang uolls.." "Alaaa ustaz lah" "Ohh *gelak tersipu* tak dahh. Ada orang lain suka dia ah" "Memang ramai suka dia. Lek ah. Suka suka camtu jee" "Takpe ah. Bukannya dia suka aku pun. Lagipun benda ni dah takde. Biar habis camtu je ah *memandang langit biru aicehh*"
+++
Kay lepas tu ada mat rempit mana entah pandang weolls macam nak gaduh. Sikit punya banyak kali dia toleh toleh. Accident kang baru rasa. Perbualan terhenti disitu disebabkan oleh keasyikan bergossip pasal mat rempit yang suka membahayakan nyawa tu.
Bukanlah aku ni seorang yang suka berganti crush seolah berganti pen waktu buat karangan. Kejap pen tu, kejap pen ni. Nak test sedap kata orang. Tidakk, tidak sama sekali. Cano nak test sedap dekat orang wehhhh. Dan in fact, aku hanya pernah ada 2 orang crush. Actually ada 3, tapi setelah dipertimbang diukur dan dineracakan kewarasan aku menganggap dia sebagai crush, jadi aku buat keputusan untuk menggugurkan pangkat crush tu. Nahh hambek kauu! *gedebush!*
Dan Ustaz tu yang semestinya bukan ustaz yang dok ajar pendidikan Islam dekat 14 tu bukanlah crush aku. Dia cuma someone yang hmm diminati dan dikagumi. Kalau dengar dia baca doa, cair habis weyy. Tahfiz pulakk. Walaupun dia diam dalam kelas, tapi dia tetap sado. Nampak takde kena mengena kan? Abaikan.
Kesimpulannya, aiceh karangan pula, aku dah takde hati untuk menyukai si Ustaz. Kerana apa? Masih tersangkut dekat AFY. So, yang lain, silalah masuk line. Sebab aku tahu ada yang ehem ehem memendam rasa. Wahaha.
Time PSRA tak dapat Mumtaz,
Kayy dah tak suka Ustaz.
Tak boleh blaaa ending tu.
|
OLDER ❖ NEWER
|